Pages

Tuesday, March 15, 2011

Majlis Perasmian Kabin Kawasan Rukun Tetangga dan Penyerahan Peralatan Skim Rondaan









Pada 6 Mac 2011 bertempat di Kawasan Lapang Jalan RP 8/7, Taman Rawang Perdana 48000 Rawang Yg. Bhg Tuan Haji Abdul Halim b Omar Pengarah Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional Negeri Selangor telah merasmikan Majlis Penyerahan Kabin hasil sumbangan dari seorang individu dan barangan rondaan (SRS) dari Jabatan Perpaduan. Semua guru terlibat dalam menjayakan majlis ini. Turut hadir ialah En Majedran A/l Muniandy PPD Daerah Gombak, Pengerusi KRT dan AJK KRT Daerah Gombak. Majlis berjalan lancar.





Majlis PENYERAHAN WATIKAH JPTP DAERAH GOMBAK 2011







Pada 27/2/2011 bertempat di Dewan Sri Gemilang Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Sg Pusu Gombak telah diadakan majlis Penyerahan watikah Jawatan Kuasa Penyelaras Tabika Perpaduan Daerah Gombak.Majlis telah disempurnakan oleh Pn Suraya bt Wen Pen. Pengarah Pembangunan Komuniti Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional . Kanak-kanak TP Tmn Sri Gombak A telah mempersebahkan tarian inag dan kebudayaan dari jiran muda KRT Danau Rebong Sg Buluh. Turut hadir ialah En Majedran A/L Muniandy Pegawai Perpaduan Daerah Gombak, Pn Azean bt Abdul Rahman Pen. Pegawai Perpaduan, En Za'aba bin Abd Rahman PPPD, Pengerusi KRT dan JPTP Daerah Gombak.









SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT DAERAH GOMBAK





Pada 26 Februari 2011 Pejabat Daerah Gombak telah menganjurkan Majlis Sambutan Maulidur Rasul. Program ini melibatkan agensi kerajaan dan swata. Perarakan diadakan bermula dari padang YDP Taman Melawati dan berakhir di Masjid Al Khiriah Taman Melawati. Pertandingan perbarisan turut diadakan. Turut sama ialah YB Tn Azmin Ali Ahli Parlimen Gombak.





CERAMAH PERGIAN DARI KLINIK PERGIGIAN SELAYANG

Ceramah pergigian akan diadakan sebanyak dua kali setiap tahun. Tujuan program ini diadakan ialah untuk mendidik kanak- kanak cara-cara menjaga kebersihan gigi dan memberus gigi dengan cara yang betul. Jururawat yang mengendalikan ialah dari Klinik Kesihatan Selayang

Thursday, March 10, 2011

SENAM SATU MALAYSIA






20 Februari 2011 jam 8.00 pagi bertempat di KTP Taman Bersatu B, Rawang JPNIN Gombak telah menjadi tuan rumah untuk aktiviti Senam 1 Malaysia bagi dua Daerah iaitu Gombak dan Hulu Selangor. Pegawai dan Guru serta Penolong Guru terlibat dalam aktiviti ini. Aktiviti ini berjalan serentak di Negeri Selangor. En Majedran A/L Muniandy PPD JPNIN Daerah Gombak telah memberi sedikit motivasi kepada guru-guru dan taklimat megenai pentadbiran JPN di Daerah Gombak. PPP Daerah Hulu Selangor juga merakamkan ucapan terimakasih kepada JPN Gombak kerana menjadi tuan rumah dalam aktiviti kali ini. Beliau juga berharap semua kakitangan dan guru-guru daerah Gombak dan Hulu Selangor dapat hadir ke Daerah Hulu Selangor untuk aktiviti yang sama pada bulan Mei 2011.
Kanak-Kanak TP Bandar Baru Selayang Fasa 2A