Pages

Saturday, June 30, 2012

BENGKEL KESELAMATAN



Pihak Bomba dan Penyelamat sedang memberi Taklimat mengenai keselamatan Tabika 


30 Jun 2012 telah diadakan bengkel keselamatan untuk gurur-guru Tabika Perpaduan Daerah Gombak. Bengkel ini diadakan di Tabika Perpaduan Kg Laksamana. Program ini dikendalikan oleh En Ahmad dan rakan-rakan dari Bomba dan Penyelamat Malaysia cawangan Selayang. Pengerusi program Pn Rosnawati mengucapkan terimakasih kepada pihak bomba dan  penyelamat Malaysia serta semua guru-guru yang terlibat.

Monday, June 25, 2012

LAWATAN SAMBIL BELAJAR




21 Jun 2012 TP Perpaduan BBS telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Petrosains KLCC. Seramai 31 org kanak dan 9 org JPTP telah mengikuti sesi lawatan pada tahun ini. Kanak-kanak dibawa menjelajah dunia sains dan teknologi. Berbagai pengalaman baru telah mereka perolehi . Diakhir lawatan semua kanak-kanak bermandi manda di kolam renang KLCC sambil menjamu selera.

Wednesday, June 13, 2012

Mesyuarat Guru & Pen Guru Bil 3/2012







13 Jun 2012 bertempat di TP Pangsapuri Birchwood telah diadakan mesyuarat guru dan pen. guru bil 3/2012. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh En Sofian PPP Kanan JPNIN Daerah Gombak. Selain membincangkan isu-isu berkaitan dengan tabika mesyuarat juga turut membincangkan program Sukaneka yang akan diadakan pada 15 Julai 2012. Turut hadir ialah Pn Salasiah bt Hashim Pegawai Perpaduan Daerah gombak dan Pn Juliana Eadriyanti PPP JPNIN Daerah Gombak.

Tuesday, June 5, 2012

SEMINAR MEMBENTERAS JENAYAH CULIK,HILANG & BUNUH









2 Jun 2012 bertempat di Dewan Serbaguna JAKOA telah berlangsung Seminar Membenteras Jenayah Culik, Hilang & Bunuh. Majlis telah disempurnakan oleh wakil Ketua Polis Selangor. Program ini dianjurklkan oleh Penyelaras KRT Gombak Setia dan Bt Caves , JPNIN Daerah Gombak, PDRM dengan kerjasama Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia dan Gerakan Ehsan Selangor. Penceramah DR Kamal Afendi  diundang khas untuk menyampaikan dan mengulas tajuk ini dengan lebih jelas kepada peserta seminar. Majlis penutup dan penyampaian sijil  disempurnakan oleh Pn Salasiah bt Hashim Pegawai Perpaduan Daerah Gombak 
Kanak-Kanak TP Bandar Baru Selayang Fasa 2A