Pages

Monday, September 17, 2012

PERTANDINGAN KECERIAAN DAN KEBERSIHAN TP DAERAH GOMBAK 2012






11 September 2012 telah diadakan pertandingan  kebersihan dan keceriaan TP Daerah Gombak. Pengadil terdiri daripada Pegawai Perpaduan dari Negeri Selangor  dan Pegawai KEMAS Wilayah. Pemenang Pertama akan memenangi wang tunai  1000.00 kedua RM 800.00 dan ketiga RM 500.00.

Sunday, September 16, 2012

Sambutan Hari Raya Aidilfitri KRT dan Persatuan Penduduk BBS Fasa 2A.







16 September 2012 bertempat di TP  Bandar Baru Selayang telah diadakan Sambutan Hari Raya Aidil Fitri yang dianjurkan oleh KRT dan Persatuan Penduduk Bandar Baru Selayang Fasa 2A. Majlis telah dihadiri oleh YB Datok Sri Subahan Kamal Dun Templer dan isteri. Pengerusi KRT Tn Hj Sabaruddin menycapkan ribuan terimakasih kepada senua tetamu yg hadir. Program berjalan lancar.

SAMBUTAN HARI MALAYSIA DAN MERDEKARAYA






15 September 2012 bertempat di Subang Perdana telah berlangsung program Sambutan Hari Malaysia dan Merdekaraya. Majlis telah disempurnakan oleh Tn Hj Halim Omar Pengarah JPNIN N.Selangor mewakili Datok Azman Amin Ketua Pengarah JPNIN yang tidak dapat hadir. Tn Pengarah telah penyampaikan hadiah dan cenderahati kepada pemenang KRT Tercantik Negeri Selangor . Beliau juga  menyampaikan sumbangan kepada rumah kebajikan dan duit raya kepada anak-anak yatim dan semua kanak-kanak yang hadir. Program berjalan lancar dan meriah.

BENGKEL MAKANAN BERKHASIAT





13 September 2012 bertempat di Toy Library JPNIN Daerah Gombak telah diadakan bengkel makanan berkhasiat dan Jamuan Hari Raya. Program dipengerusikan oleh Cg Rahmah Nayan. Penceramah jemputan ialah Pn Acmarina Pegawai Sains Pemakanan dari Pejabat Kesihatan Daerah Gombak.

Gotong Royong

8 September 2012 TP BBS Fasa 2A telah mengadakan gotong royong sempena pertandingan kecerian dan kebersihan Tabika Perpaduan Daerah Gombak.

Sambutan Hari Raya

9 September 2012 telah diadakan Sambutan Hari Raya di KRT Taman Samudra.

SAMBUTAN HARI HARI RAYA AIDIL FITRI

7 Sept. 2012 bertempat di Kediaman Y.bhg Tn Pegawai Daerah telah diadakan sambutan Hari Raya Aidil Fitri. Tetamu terdiri daripada ketua-ketua Jabatan , pemimpin-pemimpin masyarakat, kakitangan kerajaan dan swasta. Berbagai juadah dihidangkan untuk tetamu.

SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN DAN PERTANDINGAN MEWARNA

30 Ogos 2012 bertempat di TP Bandar Baru Selayang telah diadakan Sambutan Hari Kemerdekaan dan pertandingan mewarna. Program ini melibatkan kanak-kanak TP Kg Laksamana dan Kanak-kanak TP Bandar Baru Selayang Fasa 2A.

SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN YG KE 55 TAHUN



55 Janji ditepati telah tema ulangtahun hari kemerdekaan 2012. Sambutan telah diadakan pada 31 Ogos bertempat di Stadium Putra Bukit Jalil. Stadium telah dibanjiri oleh berbagai lapisan masyarakat dari berbagai kaum diseluruh Malaysia. Majlis telah disempurnakan oleh Y.bhg Datok Sri Najib Tun Razak Perdana Menteri Malaysia.

IFTAR RAMADHAN & SEMARAK MERDEKA


16 Ogos 2012 bertempat di Kolej Komuniti Selayang telah diadakan program Iftar Ramadhan & Semarak Merdeka yang dianjurkan oleh Yb. Datok Sri Subahan Kamal. Majlis dihadiri oleh berbagai lapisan masyarakat. Program berjalan dengan meriah dan lancar.
Kanak-Kanak TP Bandar Baru Selayang Fasa 2A