Pages

Friday, July 27, 2012

SAMBUTAN HARI LAHIR BULAN JULAI




18 Julai 2012 TP BBS telah mengadakan sambutan hari lahir kanak-kanak yang lahir pada bulan julai. Kanak-kanak  telah dihidangkan dengan Dominos yang disumbangkan oleh Pn Syarifah sempena sambutan hari lahir anak beliau iaitu adik hafizzulllah bin Johari , turut diraikan ialah adik Heama, adik Puteri Nurwanis, adik Haziq Irfan dan adik Mohd Aidil. Majlis berjalan lancar.

BENGKEL KECERIAAN





18 Julai 2012 bertempat di Perpustakaan Mainan JPNIN  telah diadakan bengkel kecerian. Bengkel ini dikendalikan oleh Cg Hairizah bt Mahmud Jurulatih Utama JPNIN Negeri Selangor. Beliau telah menerangkan bagaimana untuk menceriakan kelas bagi menarik minat murid-murid, ibubapa dan masyarakat. Diakhir bengkel beliau memberi tugasan mengikut kumpulan bagi memudahkan semua peserta yang hadir dapat memahaminya dengan  lebih berkesan. Turut hadir ialah Pn Salasiah bt Hashim Pegawai Perpaduan Daerah Gombak.

Sunday, July 15, 2012

SUKANEKA TABIKA PERPADUAN DAERAH GOMBAK 2012






15 Julai 2012 telah berlangsung sukaneka Tabika Perpaduan peringkat Daerah Gombak .Program dirasmikan oleh Pn Shuhaira bt Shukur dari JPNIN N.Selangor. Turut hadir Pn Salasiah bt Hashim PPD JPNIN Daerah Gombak, En Sofian PPP JPNIN D.Gombak. Program dipengerusikan oleh Pn Juliana Eadriyanti bt Johari PPP JPNIN Gombak.

BENGKEL KSPK

Kanak-Kanak TP Bandar Baru Selayang Fasa 2A