Pages

Tuesday, September 27, 2011

SAMBUTAN MERDEKA RAYA 2011 JPNIN DAERAH GOMBAK

25 September 2011 JPNIN Daerah Gombak telah menganjurkan program Merdeka Raya 2011 bertempat di Dataran Tasik Taman Bersatu B. Berbagai aktiviti telah diadakan antaranya pertandingan mewarna, menyusun puzle dan membina blok kemerdekaan untuk kanak-kanak Tabika Perpaduan dan Tabika Swasta.


Bagi jiran muda pula telah diadakan pertandingan  sukaneka dan sukan rakyat sementara jiran wanita diadakan pertandingan memasak rendang, kuih tradisional dan menghias kek. Pada awal pagi telah berlansung pertandingan larian perpaduan yang melibatkan semua lapisan masyarakat di KRT Green Park Rawang. Majlis turut diserikan dengan persembahan pentas, silat dan Ghazal.


JPNIN juga menjemput Jabatan Kerajaan dan Swasta mengadakam pameran. Antaranya ialah Jab. Kesihatan, Jab Penerangan, Bomba dan Penyelamat, PDRM, KRT, Syarikat Insuran dan lain-lain. Program telah disempurnakan oleh Datuk Azman Amin Hassan Ketua Pengarah JPNIN. Hadir sama ialah Tn Hj Abdul Halim bin Omar Pengarah JPNIN N.Selangor, Pn Salasiah bt Hashim Pegawai Perpaduan JPNIN Daerah Gombak, Pn Azean bt Abdul Rahman Pen. Pegawai Perpaduan Daerah Gombak, Ketua-ketua Jabatan seta pemimpin-pemimpin masyarakat.


Program berjalan lancar dalam suasana yang sangat meriah. Tahniah diucapkan kepada Pn Salasiah PPD JPNIN Daerah Gombak dan semua yang terlibat dalam menjayakan sambutan Merdeka Raya 2011 dengan jayanya.
 Kanak-kanak Tabika Perpaduan BBS Fasa 2A
Ucapan Alu-aluan darpada Pn Salasiah PPD
JPNIN Gombak
Sebahagian drpd kanak-kanak Tabika Peraduan Daerah
Gombak yg menganbil bahagian dlm acara mewarna

Persembahan Koir daripada
Guru-guru JPNIN Gombak


Ketua Pengarah JPNIN dan Pengarah JPNIN N.Selangor

Friday, September 23, 2011

SAMBUTAN HARI RAYA PERINGKAT NEGERI SELANGOR 2011


Sambutan hari raya peringkat Negeri Selangor telah diadakan pada 23 September 2011 bertempat di Pejabat JPNIN Petaling.

Friday, September 16, 2011

MERDEKA! MERDEKA!MERDEKA!

GURU-GURU DAN MURID-MURID TABIKA PERPADUAN BANDAR BARU SELAYANG FASA 2A MENYUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT ULANGTAHUAN HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA YANG KE 54 DAN SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA. KAMI BANGGA JADI RAKYAT MALAYSIA.

Thursday, September 15, 2011

MESYUARAT GURU DAN PEN GURU BIL 8/2011





Mesyuarat telah diadakan pada 13.9.2011 bertempat di TP Kg Seri Indah. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh En Za'aba bin Abdul Rahman. Majlis juga turut meraikan pertukaran En Zaaba b Abdul Rahman PPP Kanan yang akan bertukar ke JPNIN Wilayah Persekutuan.Turut hadir ialah Pn Salasiah bt Hashim PPD, Pn Azean bt Abdul Rahman PPP dan Pn Juliyana PPP Daerah Gombak.

MAJLIS BACAAN YASSIN DAN JAMUAN PERPISAHAN

Majlis bacaan yassin sempena menyambut bulan Ramadhan telah diadakan pada 29.7.2011 bertempat di TP Puncak Taman Sri Gombak. Dalam majlis tersebut juga Biro Agama telah menjemput penceramah jemputan bagi menyampaikan cerama berkaitan dengan bulan Ramadhan.Di samping itu juga turut diadakan majlis perpisahan Cikgu Nurhaliza yang akan bertukar ke negeri Kedah.
Kanak-Kanak TP Bandar Baru Selayang Fasa 2A