Pages

Friday, January 28, 2011

MESYUARAT PENUBUHAN JPTP TABIKA PERPADUAN BANDAR BARU SELAYANG FASA 2A.







Pada 28 hb Januari 2011 Tabika Perpaduan Bandar Baru Selayang Fasa 2A telah mengadakan Mesyuarat Penubuhan Jawatankuasa Penyelaras Tabika Perpaduan (JPTP) . Tujuan Mesyuarat diadakan ialah untuk melantik ahli-ahli Jawatankuasa Tabika yang baru bagi tahun 2011 yang akan membantu guru-guru tabika dalam melaksanakan dan menjayakan aktiviti sepanjang tahun sebagaimnana yang di rancang oleh tabika dan Pihak Jabatan Perpaduan. En Majedran A/L Muniandy Pegawai Perpaduan Daerah Gombak telah sudi hadir untuk memberi taklimat mengenai JPTP, beliau juga berharap agar KRT Bandar Baru Selayang dapat aktif semula. Turut serta dalam mesyuarat JPTP ini ialah Pn Azean bt Abdul Rahman PPP JPNIN Daerah Gombak , En Zaaba bin Abdul Rahman PPP JPNIN Daerah Gombak serta Cg Nurasidah dan Cg Anita JU Daerah Gombak. Cg Rahila mengucapkan tahniah kepada semua AJK yang baru dilantik dan dan berharap semua AJK dapat berkerjasama demi kebaikan anak-anak di tabika ini. Ucapan terima kasih juga kepada semua yang sudi meluangkan masa untuk hadir menjayakan mesyuarat ini.

Saturday, January 22, 2011

MAJLIS PERHIMPUNAN AWAL TAHUN JPNIN NEGERI SELANGOR







22 Januari 2011 bertempat di Dewan Perpaduan, Pejabat Perpaduan Daerah petaling telah berlangsung majlis perhimpunan awal tahun Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional Negeri Selamgor 2011. Majlis ini melibatkan seluruh kakitangan JPNIN Negeri Selangor serta guru-guru dan penolong guru Tabika Perpaduan. Majlis bermula jam 8.00 hingga 12.30 tengahari dan disambung semula jam 2.30 hingga 4.00 ptg. Majlis di mulai dengan ceramah motivasi yang di sampaikan oleh Y.Bhg Utz Zulkarnain Elias Al_Hafis dari Asro Oasis. perhimpunan awal tahun kali ini telah dirasmikan oleh wakil Ketua Pengarah iaitu Y.Bhg Tn Gandesan a/l Letchumanan Timbalan Ketua Pengarah(Operasi) JPNIN Malaysia. Turut hadir ialah Tn Hj Halim bin Omar Pengarah JPNIN Negeri Selangor dan Pegawai -pegawai perpaduan daerah. Pada sebelah petang pula diadakan mesyuarat agong tahunan kali ke 4 Kelab Kebajikan dan Sukan JPNIN N.Selangor.

Monday, January 17, 2011

KARNIVAL KELUARGA KRT LAKSAMANA







9 Januari 2011 KRT Kg Laksamana telah manganjurkan Karnival Hari Keluarga bertempat di Club Golf Bkt Beruntung Rawang. Majlis telah dirasmikan oleh En Magedran A/L Muniandy Pegawai Perpaduan Daerah Gombak.

Sunday, January 16, 2011

GOTONG ROYONG.











Pada 16 Januari 2011 pengerusi JPTP 2010 En Azizi serta isteri telah sudi membersih longkang serta keliling tabika bersama guru. Pihak tabika menyucapkan ribuan terimakasih atas kesudian beliau meluangkan masa sama-sama membersih longkang dan sekitar.

MESYUARAT GURU DAN PEN.GURU TABIKA PERPADUAN Bil 1/11
















12 Januari 2011 mesyuarat guru dan pen. guru kali pertama telah diadakan di KTP Taman Bersatu B,Rawang. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh En Za'aba bin Abdul Rahman. Turut hadir ialah En Majedran A/L Muniandy Pegawai Perpaduan Daerah Gombak. Selain daripada mesyuarat guru, turut dibincangkan ialah mengenai majlis penyampaian sijil watikah JPTP 2011. PPD berharap majlis watikah JPTP diadakan di Gombak. . Pn Juliah selaku pengerusi telah mencadangkan beberapa buah dewan yang telah beliau kenal pasti. Antara dewan yang dicadangkan ialah Dewan Seroja Kg Bendahara, Dewan Cindai Kraf Tangan Malaysia, Dewan MPS Gombak dan Dewan Pej. Daerah Gombak. En Majedran PPD juga telah sudi menyampaikan sumbangan kepada Cg Halimah bt Omar atas kembalinya ayahda beliau kerahmatullah pada bulan Desember 2010 yang lalu.

LAWATAN KESIHATAN DARI KLINIK KERAJAAN KEPONG







5 Januari 2011. Klinik kesihatan Kepong telah mengadakan lawatan ke Tabika Perpaduan Bandar baru Selayang Fasa 2A. Dalam siri lawatan tersebut jururawat telah memeberi penerangan mengenai kutu, kuku dan cacing. Jururawat juga memeriksa semua kanak-kanak dan memberi ubat kutu kepada yang ada masaalah kutu serta ubat cacing kepada semua kanak-kanak.

Seminar kesedaran pengguna dengan kempen pengurangan pengambilan gula




Pada 4 November 2010 (Sabtu) bertempat di Dewan Kompleks Pegawai Daerah Gombak telah berlangsung seminar kesedaran pengguna dengan kempen pengurangan pengambilan gula anjuran Pejabat perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Penggunaan Gombak & Gerakan Pengguna Daerah (GPD). Peserta terdiri daripada kakitangan JPNIN Daerah Gombak, Guru -guru Tabika Perpaduan ,Pengerusi KRT, Ahli Jawatankuasa KRT dan penduduk tempatan. Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh Y.Bhg Tn Hj Zainon Salleh Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi Dan Penggunaan Negeri Selangor.

Seminar ini sangat berfaedah dan memberi menafaat kepada peserta, terutama mengenai hak-hak sebagai pengguna sekiranya mereka rasa diri mereka tertipu oleh pembekal. Penceramah En Abdul Razak menekankan kepada semua peserta iaitu satu penguna satu suara, pengguna menentukan pasaran dan pengguna hedaklah bersatu menentukan hak mereka. Penceramah juga menekankan kesan-kesan pengambilan gula yang berlebihan.
Turut hadir ialah Pn Azean bt Abdul Rahman Penolong Pegawai Perpaduan Daerah Gombak.

MAJLIS SUAIKENAL BERSAMA KANAK-KANAK TABIKA.






3 Januari 2011 bermula alam persekohan bagi kanak-kanak yang berumur 5 tahun dan 6 tahun. Seramai 23 orang kanak-kanak yang berumur 4thn, 5thn dan dan 6thn telah mendaftar di Tabika Perpaduan Bandar Baru Selayang Fasa 2A. Berbagai ragam kanak-kanak dapat dilihat, ada yang menangis dan ada yang gembira. Cg Rahila telah memberi taklimat tentang perjalanan jadual harian persekohan.Walau bagaimanapun hari pertama persekohan berjalan lancar.

PENDAFTARAN KANAK-KANAK KTP BANDAR BARU SELAYANG FASA 2A



28 Desember 2010. KTP Bandar Baru Selayang Fasa 2A telah membuka kelas tabika untuk ibu bapa membuat pengesahan pendaftaran kanak-kanak bagi sesi 2011 seperti yang telah ditetapkan mengikut ISO.

BENGKEL PENGURUSAN DAN PEMANTAPAN TUGAS GURU & PENOLONG GURU TP DAERAH GOMBAK 2011






30Desember 2010 telah diadakan Bengkel Pengurusan dan Pemantapan Tugas Guru dan Pen. Guru KTP Daerah Gombak. Bengkel ini diadakan di KTP Tmn Bersatu B, Rawang yang dikendalikan oleh Jurulatih Utama Daerah Gombak iaitu Cikgu Anita,cikgu Siti Kursiah dan Cikgu Norashidah .Pengisian program tertumpu kepada penyediaan tunjang dan pusat yang ada.Bengkel bermula dari jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang. Dalam bengkel tersebut juga telah membincangkan tarikh penghantaran laporan ke Pejabat Perpaduan Daerah Gombak agar ianya berjalan dengan lancar dan teratur. Sebelah petang pula semua guru telah dibahagi kepada 4 kumpulan untuk membuat perancangan buku ringkasan mengajar yang lebih mudah mengikut garis panduan yang telah disediakan oleh JU. Turut hadir ialah Pn Azean bt Abd Rahman Penolong Pegawai Perpaduan Daerah Gombak.

Kejohanan Sukan Perpaduan Super Hot Spot JPNIN 2010







Sukan Super Hot Spot yang julung kali diadakan melibatkan 4 buah negeri. Negeri yang terlibat ialah Johor,Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,Selangor dan Pulau Pinang. Tujuan pertandingan ini diadakan ialah untuk mengeratkan lagi perhubungan diantara negeri-negeri yang terlibat dan kakitangan. Sukan ini telah diadakan pada 24 Desember 2010 hinggga 26 Desember 2010 bertempat di Kompleks Sukan UTM Johor . Acara sukan yang dipertandingkan pada tahun ini ialah futsal, bolajaring, badminton, ping pong dan bowling. JPNIN Negeri Selangor telah menjadi johan dalam acara badminton dan futsal. Bagi acara bolajaring dan ping pong pula JPNIN N.Selangor mendapat tempat kedua. Piala pusingan setiap acara telah disumbangkan oleh Pengarah JPNIN setiap negeri yang terlibat.

Malam penutup telah diserikan dengan beberapa acara termasuk pertandingan karaoke dan pakaian beragam bertema satu Malaysia. JPNIN N. Selangor mendapat tempat pertama dan kedua dalam pertandingan karaoke.

Majlis Perjumpaan Dan Taklimat Guru-Guru JPNIN.


Majlis ini diadakan pada 20 Disember 2010 bertempat di Dewan De' Seri Endon Puspanitapuri Putrajaya.Perjumpaan ini diadakan khas untuk guru-guru Tabika Perpaduan seluruh Negara bagi membincang dan menerangkan kedudukan guru-guru sebagai guru kontrak. Perjumpaan ini diadakan antara JPNIN bersama pegawai daripada Jabatan Perkhidmatan Awam @ JPA .

MAKAN MALAM JPNIN DAERAH GOMBAK


15 Disember 2010 (Rabu). JPNIN Daerah Gombak telah mengadakan majlis makan malam di Restoran Nelayan ,Taman Tasik Titiwangsa K.Lumpur. Majlis dihadiri oleh kakitangan JPNIN Daerah Gombak serta keluarga. VVIP yang hadir ialah Tn Fithal bin Din Penolong Pengarah RT JPNIN Negeri Selangor dan En Magedran A/L Muniandy Pegawai Perpaduan JPNIN Daerah Gombak.

KURSUS MOTIVASI BTN ASAS




Kursus Motivasi BTN Asas ini telah dianjurkan
oleh Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional Daerah Gombak
bersama Kem Bina Negara Meru ,Klang bermula 12 Nov hingga 14 Nov 2010 bertempat di BTN Meru Klang. Perserta yang terlibat seramai 84 orang terdiri daripada Pegawai-Pegawai JPNIN Daerah Gombak ,Guru,Pen guru
Tabika Perpaduan Daerah Gombak, AJK Rukun Tetanggga dan Jawatan Kuasa Penyelaras Tabika Perpaduan Daerah Gombak.
Antara pengisian kursus ialah ceramah 1 Malaysia oleh ketua Fasilitator En Mohd Aizal bin Baharuddin. Peserta BTN pada kali ini juga sangat bertuah kerana Menteri Pertanian Dan Asas Tani Datok Sri Noh Omar telah hadir untuk sessi diolag dengan peserta kursus.
Pada hari ketiga semua perserta megikut kumpulan masing-masing diberi tugas aktiviti Kembara Rukun Negara (KRN). Semua peserta sangat gembira dan bersungguh-sungguh melakukan setiap aktiviti yang diadakan dan keseluruhan peserta barazam akan berubah setelah pulang dari kursus BTN. Majlis penutup telah disempurnakan oleh Cik Norhaida bt Ariffin Pengetua Kem Bina Negara Meru.
Kanak-Kanak TP Bandar Baru Selayang Fasa 2A