Pages

Friday, January 28, 2011

MESYUARAT PENUBUHAN JPTP TABIKA PERPADUAN BANDAR BARU SELAYANG FASA 2A.







Pada 28 hb Januari 2011 Tabika Perpaduan Bandar Baru Selayang Fasa 2A telah mengadakan Mesyuarat Penubuhan Jawatankuasa Penyelaras Tabika Perpaduan (JPTP) . Tujuan Mesyuarat diadakan ialah untuk melantik ahli-ahli Jawatankuasa Tabika yang baru bagi tahun 2011 yang akan membantu guru-guru tabika dalam melaksanakan dan menjayakan aktiviti sepanjang tahun sebagaimnana yang di rancang oleh tabika dan Pihak Jabatan Perpaduan. En Majedran A/L Muniandy Pegawai Perpaduan Daerah Gombak telah sudi hadir untuk memberi taklimat mengenai JPTP, beliau juga berharap agar KRT Bandar Baru Selayang dapat aktif semula. Turut serta dalam mesyuarat JPTP ini ialah Pn Azean bt Abdul Rahman PPP JPNIN Daerah Gombak , En Zaaba bin Abdul Rahman PPP JPNIN Daerah Gombak serta Cg Nurasidah dan Cg Anita JU Daerah Gombak. Cg Rahila mengucapkan tahniah kepada semua AJK yang baru dilantik dan dan berharap semua AJK dapat berkerjasama demi kebaikan anak-anak di tabika ini. Ucapan terima kasih juga kepada semua yang sudi meluangkan masa untuk hadir menjayakan mesyuarat ini.

No comments:

Post a Comment

Kanak-Kanak TP Bandar Baru Selayang Fasa 2A