Pages

Friday, April 29, 2011

KELAS FARDHU AIN



Kelas Fardhu Ain bagi Tabika Perpaduan Tmn Bandar Baru Selayang Fasa 2A telah dilaksanakan pada bulan awal bulan Mac 2010. Ustazah yang membimbing kanak-kanak tabika ialah Ustazah Salma bt Hashim. Pemilihan tenaga pengajar telah dijalankan oleh Pegawai Perpaduan Daerah dan hanya mereka yang diiktiraf sahaja yang blh mengajar kanak-kanak tabika. Ustazah Salma seorang yang tegas dan penyayang. Semua kanak-kanak berminat dengan penyampaian beliau dan memberi tumpuan sepanjang kelas dilaksanakan. Beliau juga turut mengajar kanak-kanak nasyid dengan cara yg menarik dan mudah dihafal oleh kanak-kanak.

BENGKEL AKAUN TABIKA PERPADUAN DAERAH GOMBAK



Pada 23 April 2011 JPNIN Daerah Gombak telah menganjurkan bengkel akaun. Perserta terdiri daripa guru dan penolong guru Tabika Perpaduan Daerah Gombak. Bengkel telah di sampaikan oleg Cikgu Nurashidah Mohd Nor dan Cikgu Siti Khursiah bt Mohd Johan Jurulatih Utama Daerah Gombak. Pn Rahayu bt Abdul Wahab PPP Daerah Gombak turut hadir memantau perjalanan bengkel yang dijalankan. Aktiviti berjalan lancar. Pada hari yang sama juga turut dibentangkan kertas kerja sukaneka kanak-kanak Tabika Perpaduan bagi tahun 2011.

MESYUARAT JPTP TP BBS FASA 2A



Pada 21 April 2011 Tabika Perpaduan Bandar Baru Selayang telah mengadakan mesyuarat JPTP bil 1/2011. Tujuan mesyuarat diadakan ialah untuk membincangkan aktiviti yang akan di jalankan sepanjang bulan April, Mei dan Jun. Antara aktiviti yang akan di adakan ialah Lawatan sambil belajar ke Petrosains KLCC, sukaneka dan gotong royong. Pada majlis yang sama juga Pengerusi JPTP En Burhannuddin turut menyampaikan sijil watikah JPTP bagi tahun 2011 kepada AJK yang hadir.

Thursday, April 14, 2011

MESYUARAT GURU & PEN GURU TP DAERAH GOMBAK






Mesyurat bulanan guru dan penolong guru Tabika Perpaduan Daerah Gombak bil 4/2011 telah diadakan pada 12 April 2011. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Pn Azean bt Abdul Rahman PPP Daerah Gombak. Mesyuarat turut dihadiri oleh En Majedran A/L Muniandy PJK Tim.Pengarah JPNIN N. Selangor dan Pn Rahayu bt Abdul Wahab PPP bhg pendidikan. Sebelum mesyuarat turut dia adakan demo masakan makanan berkhasiat.

Saturday, April 9, 2011

GOTONG ROYONG KTP TAMAN BERSATU B





9 April 2010 telah diadakan aktiviti gotong royong di Tabika Perpaduan Taman Bersatu B. Program ini melibatkan semua guru-guru Tabika Perpaduan, JPTP Taman Bersatu B. Antara aktiviti yang dijalankan ialah melukis mural disekeling bangunan dan mengemas di dalam dan di luar kawasan Tabika. Turut hadir ialah En Magedran a/l Muniandy PJK Tim Pengarah JPNIN Negeri Selangor dan Pn Rahayu bt Abd Wahab Pem. Pegawai Perpaduan Daerah Gombak.

Friday, April 8, 2011

SAMBUTAN HARI LAHIR KANAK-KANAK TP BDR BARU SELAYANG FASA 2A





Pada 31 mac 2011 Tabika Perpaduan Bdr Baru Selayang Fasa 2A telah mengadakan sambutan hari Lahir kanak-kanak yang lahir pada bulan Januari, Februari dan Mac 2011. Majlis diadakan secara sederhana dan meriah.

PENGOPERASIAN PERPUSTAKAAN PERMAINAN (Toy Library)






Pada 25.3.2011 jam 2.30 petang bertempat di Tabika Perpaduan Kg Wira Damai talah diadakan majlis penerangan mengenai pengurusan Toy Library .Pn Zuraidah selaku Pen Pengarah Bahagian Pendidikan JPNIN N. Selangor telah memberi penerangan tentang pengurusan Toy Library di mana lokasi tersebut terletak di bersebelahan dengan Tabika Perpaduan Kg Wira Damai. Disamping itu juga beliau turut memberi penerangan berhubung dengan Sistem Pengurusan Kementrian (SPK). Turut hadir Encik Magedran a/l Muniandy Timbalan Pengarah JPNIN Negeri Selangor dan Pn Rahayu bt Abd Wahab PPP JPNIN Daerah Gombak.

BENGKEL PENGURUSAN (KEW-PA)


Pada 10 Mac 2010 telah diadakan Bengkel Pengurusan (KEW-PA) bertempat di Tabika Perpaduan Taman Bersatu B. Bengkel ini dikendalikan oleh Cg Anita bt Talib dan dibantu oleh Cg Siti Khursiah bt Mohd Johan Jurulatih Utama JPNIN daerah Gombak. En Magedran A/L Muniandy Timbalan Pengarah JPNIN Negeri Selangor telah di jemput untuk menyampaikan maklumat yang lebih terperinci mengenai pengurusan (KEW-PA). Turut hadir ialah Pn Rahayu bt Abd Wahab PPP JPNIN Daerah Gombak bahagian pendidikan.

MAJLIS JASAMU DIKENANG

9 Mac 2011 bertempat di Hotel Crystal Crown, Kepong jam 3.00 petang telah diadakan MAJLIS PERPISAHAN JASAMU DIKENANG ANJURAN BADAN KEBAJIKAN DAN PERMUAKATAN KAKITANGAN DAN GURU-GURU JPNIN DAERAH GOMBAK
.Majlis ini diadakan bagi meraikan jasa dan sumbangan Encik Magedran a/l Muniandy PPD JPNIN Daerah Gombak yang ditukarkan ke JPNIN N.Selangor sebagai Timbalan Pengarah, Cg Azura Binti Rashid yang dilantik berkhidmat sebagai PPM di Pra Sekolah Sungai Choh.Turut diraikan ialah Tn Haji Mustafa Bin Abdul Manas mantan PPP JPNIN Daerah Gombak yang telah bersarapa bulan Februari 2011 .Bagi memeriahkan majlis guru-guru berkaraoke dlm majlis tersebut.Untuk semua yang dirai kami mengucapkan ribuan terima kasih diatas perkhidmatan yang telah dicurahkan sepanjang berkhidamat di JPNIN.





Kanak-Kanak TP Bandar Baru Selayang Fasa 2A